Alahai kali ini aku dikejutkan pula tentang Salman Rushdie. Apa yang aku tahu mengenai dirinya ialah buku tulisannya yang berjudul “The Satanic Verses” yang telah mengundang kemarahan umat Islam seluruh dunia Ayatollah Ruhollah Khomeini dari Iran mengeluarkan fatwa bunuh ke atas dirinya.
Adalah lebih balik kalau aku mengetahui lebih lanjut mengenai diri Salman Rushdie dan penglibatannya dalam bidang sastera.
Pada Jun 2007 kerajaan Britain memberi anugerah Knight Bachelor yang membawa gelaran “Sir” kepada Salman Rushdie sempena hari ulangtahun Queen Elizabeth pada Jun 2007. Britain masih tidak peka dengan sensitiviti umat Islam sedunia.
Salman Rushdie merupakan satu-satunya anak Anis Ahmed Rushdie, seorang peguam tetapi terlibat dalam dunia perniagaan. Isterinya, Negin Butt, ialah seorang guru. Rushdie dilahirkan sebagai seorang Islam dan mendapat pendidikan di Sekolah / Gereja John Connon di Mumbai, Sekolah Ragbi dan King College, Cambridge, dalam jurusan sejarah.
Rushdie pernah berkahwin dengan empat isteri. Isteri pertamanya, Clarissa Luard (1976 - 1987) dan mendapat anak lelaki bernama Zafar Rushdie. Isteri kedua, novelis Amerika Marianne Wiggins (1988 - 1993). Isteri ketiga, Elizabeth West (1997-2004) dan mendapat anak lelaki bernama Milan Rushdie. Sejak 2004 dia mengahwini artis dan model bernama Padma Lakshmi. Padma merupakan pengacara siri realiti televisyen Amerika Top Chef.
Novel pertamanya Grimus (1975) merupakan sebuah cerita sains fiksyen. Novel Midnight's Children (1981) mengisahkan kehidupan di India yang diceritakan dalam bahasa Inggeris. Novel ini memenangi anugerah 'Booker of Bookers' yang mengisahkan tentang sejarah kehidupan Republik India.
Novel Shame (1983) pula tentang aktor politik di Pakistan iaitu Zulfikar Ali Bhutto dan Jeneral Muhammad Zia-ul-Haq. Novel Shame dianugerahkan Prix du Meilleur Livre Étranger (Buku Terbaik Asing) dari Perancis.
Rushdie dilihat sebagai Indian diaspora iaitu perluasan ketamadunan India di seluruh dunia. Pada 1980 Rushdie melawat Nicaragua, Sandinista dan menghasilkan novel The Jaguar Smile (1987).
Novel The Satanic Verses (1988) ini mengundang kontroversi pada September 1988 kerana menghina Nabi Muhammad. Tajuk novel ini dimaksudkan Al Quran dan hadis nabi sebagai surah syaitan . Salman menuduh semua itu adalah hasil ciptaan Nabi Muhamad belaka yang disandarkan kepada malaikat Jibrail. Lantas buku ini telah difatwakan haram di seluruh negara Islam.
Pada 14 Februari 1989, fatwa hukum bunuh ke atas Salman Rushdie disiarkan melalui Radio Tehran oleh Ayatollah Ruhollah Khomeini. Pada 7 Mac 1989, hubungan diplomatik antara Iran dan United Kingdom diputuskan. Hubungan diplomatik dipulihkan semula pada 24 September 1998 oleh Presiden Iran, Mohammad Khatami.
No comments:
Post a Comment