Semenjak meninggalkan bangku sekolah dan selepas tamat pengajianku di NIE pada tahun 1992 ketika mengambil Diploma dalam Pendidikan, aku langsung tidak mengambil berat tentang sastera. Sejurus sahaja aku mula mengajar di sekolah rendah, aku telah menumpukan banyak perhatian dalam kerjayaku dan tidak menghiraukan langsung tentang pengajian sastera.
Kini, apabila aku berpeluang melanjutkan pelajaran, aku seolah-olah mendapat satu kejutan apabila didedahkan semula dengan subjek-subjek akademik yang telah lama aku ketepikan terutama sekali sastera. Minggu kedua di NIE, kami menghadiri suatu diskusi buku mengenai buku “Pramoedya Postcolonially” karya Dr Razif Bahari yang merupakan pensyarahku. Alahai, pening juga kepalaku dibuatnya kerana walaupun aku pernah mendengar nama Pramoedya serta membaca sebuah hasil tulisannya, namun semasa aku duduk di dalam Bilik Jurnal, aku cuba untuk mengingat semula siapa sebenarnya gerangan Pramoedya.
Siapakah Pramoedya? Nama penuhnya Pramoedya Ananta Toer merupakan seorang pengarang yang produktif dalam sejarah sastera Indonesia yang telah menghasilkan lebih dari 50 karya dan diterjemahkan ke dalam lebih dari 41 bahasa asing. Wow hebat sungguh! Beliau dilahirkan di Blora, Pulau Jawa, pada 1925 sebagai anak sulung dalam keluarganya. Ayahnya ialah seorang guru manakala ibunya pula seorang pedagang nasi. Pada mulanya beliau bekerja di Sekolah Kejuruan Radio di Surabaya sebagai seorang jurutaip untuk suratkhabar Jepun di Jakarta semasa pemeritahan Jepun di Indonesia.

Apakah yang menyebabkan beliau berjuang selepas zaman penjajahan Jepun? Beliau pernah ditahan selama 3 tahun pada masa penjajahan dan 1 tahun pada masa Orde Lama dan semasa Orde Baru pula beliau ditahan sebagai tahanan politik selama 14 tahun tanpa proses pengadilan.

Beginilah keadaan Pramoedya bersama rakan-rakannya semasa melakukan kerja paksa di Pulau Buru.
(Sungguh menyeksakan!)
Walaupun beliau dilarang menulis semasa penahanannya di Pulau Buru, namun beliau tetap berusaha untuk menulis karya terkenalnya yang berjudul Bumi Manusia, novel semi-fiksi sejarah Indonesia. Tokoh utamanya, Minke, seorang bangsawan kecil Jawa, dicerminkan melalui pengalaman RM Tirto Adisuryo, seorang tokoh pergerakan pada zaman kolonial yang menubuhkan Syarikat Priyayi dan diakui oleh Pramoedya sebagai pertubuhan kebangsaan pertama. Jilid pertamanya diceritakan secara lisan kepada kawan sepenjaranya, dan bakinya diseludup ke luar negara untuk dibukukan oleh seorang pengarang Australia dan kemudian diterbitkan dalam bahasa Inggeris dan Indonesia.

Pramoedya dibebaskan dari tahanan pada 21 Disember 1979 dan mendapat surat pembebasan secara hukum tidak bersalah dan tidak terlibat dalam G30S, tapi masih dikenakan tahanan rumah di Jakarta hingga 1992, serta tahanan bandar dan negara hingga 1999. Selain itu beliau dikenakan melaporkan diri seminggu sekali ke Kodim Jakarta Timur selama lebih kurang 2 tahun.
Dalam masa itu beliau menulis Gadis Pantai, novel semi-fiksi lainnya berdasarkan pengalaman neneknya sendiri. Beliau juga menghasilkan Nyanyi Sunyi Seorang Bisu (1995), autobiografi yang ditulisnya untuk anak perempuannya tetapi tidak dibenarkan untuk dikirimkan dan Arus Balik (1995).
Pramoedya telah menulis banyak kolum dan rencana pendek yang mengkritik pemerintahan Indonesia terkini. Beliau menulis buku Perawan Remaja dalam Cengkraman Militer, sebuah dokumentari yang ditulis dalam gaya menyedihkan yang mengisahkan para wanita Jawa yang dipaksa melayani nafsu seks tentera-tentera semasa penjajahan Jepun.
Beliau tetap aktif menulis, walaupun kesihatannya terganggu akibat usianya yang lanjut dan kuat merokok. Pada awal 1996, beliau dirawat di hospital kerana menghidap diabetes, sesak nafas dan lemah jantung. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 30 April 2006, jam 8.55 pagi semasa usianya 81 tahun.

Beginilah kehebatan seorang pejuang yang menghasilkan karya-karya yang memaparkan sejarah menerusi percakapan dan perlakuan watak-wataknya. Terdapat karya-karyanya yang telah diharamkan serta nota-nota dan rangka-rangka novelnya yang dihapuskan sama sekali. Sebahagian besar pendengarannya telah hilang akibat dipukul bantai oleh tentera-tentera Jepun. Beliau juga telah dipisahkan dan tidak dibenarkan berhubung, walaupun menerusi surat, dengan isteri dan anak-anaknya yang masih kecil semasa dipenjara bertahun-tahun lamanya di Butu. Tidak dapat dinafikan bahawa beliau ingin menolong pembaca karya-karyanya memikirkan dan mempelajari semula bagaimana kita hidup di dunia yang serba moden ini serta mengubah cara pemikiran kita tentang bagaimana kita menghubungkaitkan diri kita dengan masa lampau.
No comments:
Post a Comment